iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Sabtu, 31 Ogos 2013

RESEPI PIZZA LILI PUTIH

Bahan-bahan:
200 gm tepung roti
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 sudu kecil yis kering (rendam dlm 1/2 cawan air suam)
100 ml air
1 sudu butter - boleh guna minyak zaitun
 1 sudu susu tepung
 topping - 3 batang sosej (potong bulat)
1/2 labu bawang besar (cincang
1/3 capsicum hijau
1/3 capsicum merah
 serbuk oregano & mozzarrella & sos pizza

Cara-cara:
1. Campur semua bahan dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Preheat oven pada suhu 190 darjah selama 10min.
3. Bila doh kembang 2 kali ganda, tumbuk & canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
3. Sapu sos pizza ikut suka. lepas tu taburkan topping yang lain diakhiri dengan keju mozzarrella(tak guna keju mozzarella pun boleh)
4. Bakar pizza dalam suhu 190 darjah selama 20 - 25 min. 

Ahad, 25 Ogos 2013

pizza maggi

Bahan-bahan
1 bungkus maggi
2 biji telur 
Sosej 
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:
  1. Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
  2. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. 
  3. Gaul hingga sebati.Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak.

Ikan singgang

Bahan-Bahan:
4 potong ikan tongkol atau kembong
3 biji bawang putih (dihiris)
Sedikit lengkuas (diketuk)
Garam dan serbuk perasa 2 biji cili hijau besar
4 biji bendi
Sedikit asam keping

Cara:
1) Masukkan bawang putih dan lengkuas dalam periuk bersama sedikit air sebagai kuah.
2) Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili hijau dan bendi.
3) Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
4) Hidangkan.bersama dgn budu dan ulam-ulaman.



Acar masak


Bahan-bahan
1 biji timun-buang empulur n potong panjang
1 carrot-hiris panjang
2 biji bawang besar-potong 4
3 biji bawang merah-biar sebiji2
2 ulas bawang putih-biar sebiji2
1cm halia-hiris panjang
cili merah n hijau-potong bunga
lobak masin-potong kecil2
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
garam, gula n cuka
1 sudu besar kerisik
minyak
bahan tumbuk:-
2 biji bawang merah
ikan bilis sket (optional)
1 ulas bawang putih

Cara-cara
panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. masukkan rempah kari n halia hiris.

bila rempah sudah garing, masukkan kerisik, kacau. masukkan garam, gula n cuka. tambah air sikit jika terlalu pekat.

masukkan bahan2 lain n kacau dan sedia untuk dimakan.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-Bahan:
•    Seekor ikan patin (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa &limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam) 
•    2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
•    6 biji bawang kecil (ditumbuk halus) 
•    20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi) 
•    1 biji timun cina (dipotong panjang) 
•    2 ikat daun kesum
•    2 ikat bunga kantan sedikit asam keping 
•    3 cawan air,garam dan gula


Cara-caranya:

1.Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi.

2.Masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru, masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,
masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi.

3.Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Tepung Bunga


Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur  dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.                            
  4. Taburkan gula diatasnyadan sedia untuk di makan.

Nasi Ayam lili putih


*Bahan-bahan:-

*Untuk rebus:-

-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk

*Untuk perap:-

-1 sudu besar kicap pekat
-1 sudu besar sos tiram
-1cm halia
-2 ulas bawang putih
-sedikit kicap cair

*Untuk nasi:-

- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.

*Bahan sos:-

- 5biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 sudu teh cuka, garam, gula
- 1/2 cawan air

*Untuk sup:-

-lebihan air rebusan ayam
-1 biji bawang besar kisar
-rempah sup
-garam
-daun sup yg dihiris.

*Cara-cara:-

*Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang  
putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

*Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

*Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

*Untuk sos-
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar.

*Untuk sup-
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
sedia untuk di makan