iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Selasa, 26 Februari 2013

Ciri-ciri kawan yang mesti/Perlu Dijauhi!


< Jenis talam dua muka.>

Sis paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita tersebut akan sampai ke telinga orang lain.


< Jenis batu api/menghasut>

Ini adalah merupakan ciri-ciri kawan yang memang patut kita elakkan. Bukan patut tapi memang wajib kita elak. Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?


<Jenis suka merendahkan orang lain>

Kawan jenis ni tak bahaya sangat. Tapi kalau boleh cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni.

< Jenis tikam belakang/kawan makan kawan>

Kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai diasebenarnya.

<Jenis berkira/suka mengungkit>

Kadang-kadang dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-kadang sis pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat kan.

ok..u all rasa ada lagi x yang sis tertinggal,klu ada u all tulis la dekat komen di bawah ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan