iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Isnin, 21 Januari 2013

Macam mana nak tau orang suka kita?...

pernah rasa syok kat sesapa tak? pernah rasa macam... fefeeling like2 kat someone tu tak? cer korang bayangkan ek. satu hari korang pegi ikot member baek korang, beraya kat rumah member baek kepada member baek korang tu. dah namenye open house, so memang tak kesah la korang bertandang tanpa diundang pon kan.. hahaha pastuh. kat sana ramai orang tau. ramai sangat, tapi hampir semuanya korang tak kenal. ish... teros korang rasa tak selesa. teros rasa kecik, kerdilnya diri ini. time tu jugak la takde mood, rasa kenyang tak pasal2, rasa bosan... tetiba dalam ramai2 tu, korang ternampak someone... somebody. korang tak kenal pun dia tu. tapi... tapi... aih. kejap2 nak tengok dia. kejap2 nak pandang dia. tak pasal2 korang rasa tetiba bersemangat macam baru overdose gula. nak kata kenal... macam tak kenal. tapi... rasa2 nak mengenali lah! boleh tak? hahahaha tah-daaaaaahh!! tu tandenye korang ter-minat kat orang tu!! time tu jugak la korang rasa macam orang lain yang sesak2, ramai2 tu tak wujud - hanya nampak beliau je kat mata. ekeke..... tapi tu tanda2 kita minat kat orang. kalo orang minat kat kita lak, camne nak tau??? haaa... meh sini nak cakap dekat ko orang. 1. tenaga ekstra segera! energy up, moral up! bila kita ada dekat2 dengan orang yang kita rasakan menarik, or senang cakap dengan orang yang kita minat, tahap energy kita mencanak naik! macam tu la jugak sebaliknya, anak mata mengembang 40% daripada kebiasaan, denyut nadi/jantung bertambah dan meningkat. tak pasal2 korang nampak si dia tu nebes macam orang buat salah. padahal, tu tanda dia rasa excited! ^^ mesti penah rasa camtu, kan? tipuuu la klo takde. haha.... kalo orang tu rasa tak minat kat kita atau tak menarik... jadi la sebaliknya~~ nampak la dia emo, moody, takde perasaan... silap2 rasa nyampah. takde feel nak bcakap, even nak tengok muka pon malas. haa.. so tak reti2 nak blah dari situ?. =) 2. rajin tanya - especially soalan2 personal ini sebenarnya key-point dalam nak start and continue a conversation. bila dia tertarik kat kita, dia akan rasa nak tahu lebih pasal kita. so mula la kuar soalan2 bodoh macam "sorang je?" or "tunggu bas ke?" bila tengok kita tengah duduk tunggu bas kat hentian bas - sorang2. normally bagi kita orang Malaysia, kita suka tanya "dari mana", "nak pergi mana", "orang mana" (negeri), student ke, dah kje ke... klo dah kje, kje apa, kat mana... bla bla bla... punya jauh bersembang, hujung2 nak blah tu baru cakap; "eh nama tak tau pon. name apa ni.blh bagi no fon?" =p 3. bagi petunjuk status diri alaa... nak nak pulak kalo dah dia tu memang single and available and ever ready to mingle kan... tengok je pulak korang ni yang memang comel-kachak-cute nan sedap mata memandang... mula la nak susun2 ayat. sembang punya sembang, rasa nak tanya dah berpunya ke belom.. tapi segan la direct2 ni.. tak Melayu la wei~~ so? tanya berkias laa... "eh awak sorang je? boyfriend/girlfriend awak mana?" ... aduh, cliche sangat. hahaha. takpon, dorang akan tak pasal2 bagi hint, cakap "saye datang sorang je" or "eh tu bukan bf/gf saye tau. saye single lagi, okay~ *flips hair*"... bluerrghh~ tapi nak buat camne. kang tak tanya, kang tak cakap... melepas~~ ahaks!4. mata...bertentang. eye-contact tu penting bro!! ok walopon dorang tertarik dengan bentuk tubuh korang yang raawrrr.... tapi takkan la dorang nak tenung korang atas-bawah-depan-blakang kan? memang mintak siku singgah ke muka la camtu. so, indirectly dia/orang akan lebih banyak menerai (men-try) buat eye-contact dengan korang. umpama kalo tengah bersembang dengan korang tu, dia tenung mata korang dalam2. sikit pon tak bosan. siap boleh terbayang masa depan lagi. hahaha. bertuah lah~~ kalo time dalam kelas/kuliah/ceramah... mata tu boleh2 nak selotep jangan bagi tertutup.. jenuh paksa wei. tapi klo dengan orang yang kita minat... mata tu kalo boleh taknak bagi berkedip pon! 5. berbahasa tubuh yang lebih open dan menerimaini korang kompem leh detect. tapi agak2 korang bebal sangat, meh aku bagi info sket2. klo orang tu suka kat korang, dia akan cuba buatkan korang rasa selesa bila dekat dengan dia. contoh? dia akan berdiri...makin mendekati korang. sambil2 sembang la tu. haha. takpun, kalo tengah duduk bertentang, dia akan lean sket badan dia ke arah korang... ala2 memberi tumpuan sepenuhnya kat korang yang tengah eksplen kenapa korang tak suka makan sayur. or main hangguk and yes je segala penipuan korang tentang macam-macam perkara yg ko orang tak tau. 6. suka bagi jawapan panjang2 klo korang pon neutral or ada rasa sikit senang dengan itu orang, korang pon akan buat-buatla tanya soalan2 lazim kat dorang. lantak la korang tanya apa pun - dia/orang tu mesti akan jawab panjang berjela, kekadang sampai hal2 peribadi pon bleh terkait keluar cerita sekali - wlopon korang cuma tanya dah masuk waktu solat ke belum.. acaranya, orang tu nak keep the ball rolling. she/he is trying to prolong the conversation with you. paham2 la ek. selalunya saat2 camtu terasa pendek je. so nak tunjuk kualiti diri tu, takes time jugak kan. yelah... ntah bila la lagi nak dapat bersua... apatah nak berbicara muka bertemu muka, mata bertentang mata.. dengan insan yang disuka. oh... klo korang tak suka, or dorang tak suka korang... jawab je la pendek2. kompem dia bleh rasa yang korang ni memang tadek ati nak bazirkan masa dengan dia, sedangkan korang leh guna masa yang terbuang tu untuk meng-adjust kencan2 / balak2 lain yang seratus juta kali lebeyh menarik perhatian korang daripada si tak semenggah ni. uhuu... otometik korang terbajet diri korang hot stuff. level up! 7. cari cara untuk borak/jumpak korang lagi kalo da start mintak tweethandle, nama kat fb, BBpin or ajak main whatsapp... memang sah lah orang tu rasa korang ni ada kimia dengan dia. klo dia rasa korang ni bosan dan membosankan, takdenye la dia gigih nak tanya mintak contact sume2 tu... mesti dia akan cakap - .......

Pemilik hati ku

lihatku disini… kau buatku menangis… ku ingin menyerah…tapi tak menyerah… mencoba lupakan…tapi ku bertahan… kau terindah…dan selalu terindah… aku bisa apa tuk memilikimu… kau terindah…kan salalu terindah… harus bagaimana ku mengungkapnya… kau pemilik hatiku… mungkin lewat mimpi… ku bisa tuk memberi… ku ingin bahagia…tapi tak bahagia… ku ingin di cinta…tapi tak dicinta… kau pemilik hatiku…

Rindu

Lirik lagu ini menggugah rasaku padamu teringat satu nama…. teringat satu hati…. teringat satu cinta…. dalam hati kupanggil namamu…. semoga saja kau dengar dan merasakan….. getaran dihatiku…. aku rindu saat pertama kita bertemu…. aku rindu belaian sayangmu…. tlah kau bawa segala yang kupunya rindu ini telah sekian lama terpendam aku rindu hati ku yang kini jauh dariku…

Islam agama yang indah

Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas. Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka, "Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim) Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam? 1. Suara yang rendah dan lembut. Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang. Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka. Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi". Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami . Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata. Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW, "Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka." (Hadis Riwayat Muslim) Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata. Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi." Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya." Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui. 3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan. Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan. Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui." Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW. Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus." Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah

Bidadari surga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam kasih di angin lalu,untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah. Bidadari!Semua orang mengaguminya. Baik lelaki maupun wanita, baik yang muda maupun yang tua, baik yang kecil maupun yang besar.Semua orang terpesona melihatnya dan semua yang bergelar wanita inginkannya serta mampu memilikinya.Di Syurga maupun di dunia. Tetapi apakah tafsiran bidadari itu? Mengikut tafsiran siapa?Tafsiran kita atau Allah? Ramai di kalangan kita terutamanya wanita mengangan-angankan bidadari yang di gambarkan di dalam cerita-cerita lama maupun cerita-cerita terkini. Cantik, jelita, rupawan, menawan, mengoda, seksi dan berbagai lagi. Ya Allah! Aku tidak memiliki semua itu. Tetapi ingatlah dan sedarlah bukan itu yang Allah mahukan, syukurlah dengan apa yang ada pada kita.Sesungguhnya Allah telah memberi yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita memiliki semua itu kita akan menjauh dari Allah.Sedangkan kita selalu berharap dan berdoa ingin dekat dengan Nya.Jadi,Allah telapun memberikan yang terbaik untuk kita,supaya selalu dekat denganNYA.BerSyukurlah. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat yang kau beri, tak mampu untuk ku menghitungkan. Rasanya, cukuplah apa yang ada ini.Jika KAU terus memberi, takut-takut nanti aku tak mampu menghargai. Aku tak mahu di katakan lupa diri. Bukan manusia yang mengata tetapi takut ENGKAU dah tak suka. Nauzubillah… Tetapi jika mengikut tafsiran Allah semua orang yang bergelar wanita, perempuan, anak gadis, remaja, kakak, ibu, nenek, moyang, tok wan dan pelbagai gelaran lagi mampu memilikinya samada kita bergelar jelitawan, rupawan atau hodoh, buruk, cacat dan sebagainya, asal saja kita mampu mengikut kehendak dan tafsiran yang telah Allah tentukan. Bidadari! Badadari duniakah atau syurgakah? Kedua-duanya mampu kita lakukan, insyaAllah, walaupun siapa kita tetapi sebelum mampu menjadi bidadari Syurga kita kena berusaha dan mampu menjadi bidadari dunia terlebih dahulu. Siapa pun kita, jadilah bidadari kepada orang sekeliling kita dengan menunjukkan budi pekerti, akhlak yang mulia dan apa sahaja yang baik pada pandangan Pencipta kita yang utama dan pertama kita cintai.Untuk huraian yang lebih lanjut, tanyalah orang yang arif tentangnya.Saya masih tak mampu menulis panjang-panjang,sekadar memberikan idea pada orang lain yang mungkin ingin menghuraikan lebih lanjut lagi.

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah. Memberi untuk mengharapkan pahala bukan mengharapkan balasan atau habuan dari manusia. Memberi untuk mengharapkan redha, rahmat dan akhirnya diberi Syurga oleh Allah. Memberi berterusan untuk mengharapkan menjadi ikhlas kerana Allah. Memberi dengan ikhlas itulah setinggi-tinggi darjat di sisi Allah Memberilah demi meraih cinta Allah. “memberi bukan untuk menerima tetapi untuk redha Maha Esa” atau “memberi bukan untuk menerima sesuatu tetapi untuk ke Syurga”. “memberi tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia tetapi mengharapkan sesuatu dari yang Maha Esa.” “memberi dengan melupakan pemberian yang kita berikan tetapi berilah apa sahaja yang mereka perlukan.” “memberi dengan melupakan pemberian yang kita berikan tetapi ingatlah dosa yang pernah kita lakukan.”