iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Rabu, 13 Mac 2013

sabah bab6


Malaysia pada masa akan datang.
Reaksi Kepada Tuntutan Bertindih
Dari segi tuntutan bertindih, isu ini didapati tidak akan berhenti setakat ini sahaja
kerana Malaysia akan pasti berhadapan dengan tuntutan lain dengan negara jiran,
Indonesia dan Filipina. Penemuan telaga minyak dan gas baru bakal dicabar oleh
negara jiran yang akan menuntut kawasan ini sebagai milik mereka. Walaupun
Malaysia telah meratifikasi UNCLOS pada 14 Oktober 1996 tetapi kerana tafsiran
berbeza terhadap regim kelautan ini telah tidak dapat mengelakkan tuntutan
bertindih negara-negara jiran . Bahkan sebelum ini Peta Baru Malaysia 1979, tidak
diterima oleh banyak negara termasuk Indonesia. Pada masa yang sama Unit
Maritim, di Wisma Putra perlu diperlengkapkan dengan pakar perundangan serta
profesional yang boleh membantu Malaysia dalam sebarang tuntutan bertindih
pada masa akan datang. Hal ini kerana Malaysia masih mempunyai banyak
tuntutan bertindih dengan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Vietnam,
Indonesia, Brunei, China dan Filipina.
Bahkan agensi-agensi kerajaan sepatutnya lebih bersifat terbuka dalam
menangani isu tuntutan bertindih. Pada ketika ini agensi-agensi ini kelihatan
banyak merahsiakan kerja-kerja yang berkaitan dengan tuntutan bertindih. Sikap
terbuka perlu bagi memberikan informasi kepada masyarakat tentang isu yang
cukup penting dihadapi oleh negara.
Kaedah Diplomasi dalam Isu Tuntutan Bertindih
Reaksi Jakarta dalam isu Ambalat hampir menggugat hubungan rapat yang telah
dijalin oleh pemimpin kedua-dua buah negara, Pak Lah- Susilo. Walau
bagaimanapun kedua-dua pemimpin berjaya mengendurkan ketegangan dengan
mewujudkan saluran komunikasi dan berjanji untuk menggunakan diplomasi
dalam mengatasi isu yang berbangkit. Pak Lah telah mengutuskan Menteri Luar,
Dato’ Syed Hamid Albar ke Jakarta bertemu Presiden Susilo. Satu pertemuan telah
dihasilkan dengan kedua-dua pihak berjanji untuk membincangkan isu tersebut
bersama. Dalam hal ini pendirian Pak Lah yang telah meminta media Malaysia
supaya tidak mensensasikan isu dilihat sebagai satu usaha Kuala Lumpur untuk
mengurangkan ketegangan dalam menangani isu yang dihadapi.
Peranan Malaysia Sebagai Orang Tengah Dalam Pergolakan Di Selatan
Filipina
Pergolakan yang sentiasa berlaku di selatan Filipina memerlukan Malaysia
membantu menangani masalah yang timbul. Wujud dua sebab Malaysia perlu
berbuat demikian. Pertama, dapat menghalang kebanjiran penduduk Islam Filipina
yang sudah tentu akan melarikan diri ke Sabah jika kekacauan bertukar menjadi
konflik. Kedua, dapat menyakinkan Manila bahawa Kuala Lumpur tidak memihak
kepada penduduk Islam dalam pergolakan di selatan Filipina. Hal ini kerana
selama ini Kuala Lumpur dilihat sering melindungi Kumpulan Moro bergerak di
negara ini. Namun keadaan ini berubah apabila Kuala Lumpur telah menyerahkan
Nur Misuari kepada Manila setelah gagal dalam pemberontakan pada tahun 2003.
Peranan yang dimainkan oleh Kuala Lumpur dalam menemukan kedua-dua pihak
yang bertelingkah iaitu, Manila dan kumpulan MILF telah berjaya menampakkan
hasil yang positif. Walaupun usaha ini telah dirintis oleh Indonesia, namun,
Malaysia telah mengambilalih peranan tersebut pada tahun 2001 apabila Presiden
Aroyo telah meminta Malaysia untuk menyelaraskan perundingan damai antara
Kerajaan Filipina dan MILF.50 Walaupun pihak-pihak terbabit telah beberapa kali
gagal mencapai persetujuan, satu perjanjian telah dimetrai pada 16 hb Oktober 2003
di Putrajaya. Sejak itu Kuala Lumpur telah berjaya membawa kedua-dua pihak
untuk rundingan yang telah diadakan di Malaysia. Pertemuan terbaru di Port
Dickson pertengahan April 2005 telah berjaya ditangani seperti isu tanah pesaka.
Di samping itu, Malaysia bersama Brunei telah berjaya memainkan peranan sebagai
pasukan pemantau di kawasan-kawasan yang dikuasai MILF bagi memastikan
semua pihak mematuhi gencatan senjata.
Reaksi Kepada Larangan Melawat Malaysia
Ekoran berlakunya penculikan di Pulau Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000
dan diikuti oleh pengeboman di Bali pada Oktober 2002, Amerika Syarikat serta
sekutunya telah mengeluarkan larangan kepada rakyat mereka daripada
mengunjungi Malaysia serta beberapa buah negara di rantau ini. Larangan ini
memberi dua implikasi penting, pertama betapa pihak berkuasa gagal
meningkatkan tahap keselamatan di negara ini dan kedua, hal ini meninggalkan
impak negatif kepada industri pelancongan.
Malaysia telah membantah larangan yang dikeluarkan ini. Menteri Luar,
Dato’ Syed Hamid Albar telah menjelaskan bahawa Malaysia cukup selamat untuk
dilawati oleh pelancong dari luar malah segala langkah-langkah keselamatan telah
diambil terutama selepas insiden Sipadan dan Pandanan. Malah untuk
membuktikan kebenaran ini, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Puan Marie
Huhtala telah diundang melawat Sabah pada 10 April 2004.52 Hasil daripada
lawatan tersebut Huhtala telah menjelaskan bahawa Sabah selamat untuk dilawati
Harapan Baru BIMP-EAGA (BRUNEI-INDONESIA-MALAYSIA-PHILIPPINESEAST ASIAN GROWTH AREA)
Sekiranya keamanan dapat dicapai di selatan Filipina, hal ini sudah tentu
menjanjikan harapan kepada wilayah yang jauh ketinggalan ini. Berbanding
wilayah lain di Filipina, Mindanao merupakan wilayah yang paling mundur dari
segala segi, misalnya infrastrukturnya, aktiviti ekonominya mahupun
penduduknya yang dianggap paling miskin di Filipina. Oleh itu wilayah ini sangat
memerlukan pelaburan dari luar untuk membangunkan kawasan ini.
BIMP-EAGA yang telah digerakkan ideanya oleh Fidel Ramos pada tahun
Mac 1994 yang melibatkan kawasan di Brunei, Sabah, Sarawak, Mindanao dan
Manado.53 Idea ini berasaskan kepada idea segi tiga pertumbuhan yang telah
berjaya dilaksanakan oleh SIJORI (Singapura, Johor dan Riau) dan Kawasan Segi
Tiga Selatan China pada tahun 1980-an. Sejak 1997, sebanyak USD 27 juta telah
dilaburkan dan sebahagian besarnya oleh pelabur dari Malaysia di Mindanao dan
Palawan. Tiga bidang yang telah berjaya dicapai setakat ini oleh BIMP-EAGA
ialah mewujudkan hubungan udara dan laut di samping pelancongan. Dalam hal
ini para pelabur Malaysia boleh melabur dalam sektor pelancongan, perikanan dan
perladangan. Sektor-sektor ini menjanjikan pulangan yang lumayan jika berjaya.
Walau bagaimanapun apabila disebut pelaburan, satu daripada kriteria pelabur
ialah kemampuan wilayah ini yang boleh menjanjikan pelaburan yang selamat.
Hal ini berdasarkan pengalaman lalu, ramai pelabur Malaysia yang gagal dalam
pembabitan mereka di Mindanao. Kegagalan ini dikaitkan dengan perbezaan
budaya serta tiada rakan kongsi dari selatan Filipina yang boleh diharapkan.
Biarpun bermasalah, pelabur Malaysia diharap dapat belajar daripada kesilapan
lalu untuk mengatur strategi baru supaya pelaburan kali ini akan berjaya.
Persoalannya mengapa pelaburan dari Malaysia penting? Dua sebab
kepentingannya ialah, pertama pelaburan ini diharap akan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan dan kedua, pelaburan ini akan dapat
mengelakkan penghijrahan mereka ke Sabah pada masa akan datang.
Keperluan Dasar Tegas Terhadap PTI
Satu perkara yang cukup ketara dalam memperkatakan pendatang ialah dasar yang
ada terhadap PTI. Dasar yang ada kelihatan tidak tegas serta longgar. Beberapa
contoh boleh diberikan. Misalnya dalam tempoh tiga tahun, Malaysia telah
mengadakan tiga kali program pengampunan iaitu pada tahun 2002 dan terakhir
ialah pada Mac 2005 (sepatutnya Disember 2004). Kekerapan mengadakan
program besar seperti ini boleh menghantar isyarat yang salah kepada PTI bahawa
kerajaan Malaysia boleh bertoleransi dalam perkara ini. Walhal sebaliknya ada
sebab perkara ini berlaku. Kita tidak mahu kesempatan ini diambil oleh PTI untuk
kepentingan mereka seperti kembali memasuki Malaysia secara sah atau
menggalakkan mereka untuk memasuki semula secara haram dan kemudian
menunggu program pengampunan diadakan semula. Sepatutnya program
pengampunan memberi peluang keluar kepada PTI secara sah tetapi bukannya
untuk kembali semula ke negara ini.
Begitu juga peraturan yang sedia ada yang cuba menghalang kemasukan
semula PTI ke negara ini yang dilihat gagal. Paling ketara ialah hukuman sebatan
rotan yang dikenakan ke atas PTI yang dilihat gagal menjadi deteren menghalang
mereka untuk memasuki semula Malaysia secara haram. Perkara yang sama juga
turut berlaku kepada para majikan yang menggaji PTI sama ada sebagai pembantu
rumah mahupun pekerja. Mengenakan hukuman denda walau besar mana
sekalipun dilihat tidak akan menghalang para majikan untuk tidak menggaji PTI.
Apa yang diperlukan ialah dengan turut merotan majikan kerana hanya dengan
cara ini akan dapat menghalang mereka daripada terus menggaji PTI.
Dalam usaha untuk menghalang merebaknya penyakit yang dibawa oleh PTI
ke negara ini, langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa dengan
meruntuhkan rumah-rumah haram milik PTI di kawasan setinggan sangat dialualukan. Hal ini kerana kawasan ini di dapati menjadi sarang kepada penyakit.
Kawasan kampung air yang didiami oleh PTI kelihatan cukup kotor dengan
pembuangan sampah sarap serta najis dibuang terus ke laut merupakan punca
merebaknya penyakit berjangkit seperti taun. Sejak operasi meruntuhkan rumah
haram milik PTI pada tahun 2002, PTI tidak lagi membuat penempatan sesuka hati
seperti sebelum ini. Oleh itu usaha perlu dipergiatkan lagi supaya penempatan
kampung air ini dapat dibersihkan pada masa akan datang.
Pihak berkuasa perlu menangani isu pelacuran dengan lebih tegas lagi. Hal
ini kerana PTI didapati melanggani pelacur. Penyebaran penyakit seperti AIDS,
HIV dan hepatitis didapati daripada kedua-dua pihak sama ada PTI kepada pelacur
atau sebaliknya. Kegagalan menangani masalah pelacuran boleh menimbulkan
bencana jika tidak ditangani dengan segera.
Cinta Pada Negara?
Perasaan sayang pada negara perlu dipupuk dalam kalangan penduduk keturunan
Filipina dan Indonesia. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
perlu disemai dalam kalangan mereka. Bagi mereka yang bekerja sebagai anggota
kerajaan mereka perlu diikat dengan janji untuk tidak membocorkan rahsia
kerajaan. Dengan cara ini baru kesetiaan mereka kepada negara ini dapat
dipertahankan.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas jelaslah bahawa Sabah sebenarnya
berhadapan dengan pelbagai masalah keselamatan samada dari dalam dan luar
dan ini secara tidak langsung mengancam kedaulatan Malaysia keseluruhannya.
Filipina dan Indonesia merupakan dua negara yang boleh menimbulkan ancaman
terhadap keselamatan Sabah. Ancaman dari Filipina boleh datang dari
perlanunan/mundu, pergolakan politik yang sentiasa berlaku di selatan Filipina
serta pendatang tanpa izin. Dari Indonesia pula dalam bentuk tuntutan bertindih
serta pendatang tanpa izin. Dalam hal ini, walaupun isu ini lebih tertumpu kepada
negeri Sabah, namun jalan penyelesaiannya tidak akan dapat dicapai tanpa
kemahuan kerajaan pusat. Di pihak pusat pula, ia perlu bijak dalam menyelesaikan
isu ini. Selain mempertimbangkan soal keselamatan, di satu sudut lain, kerajaan
perlu melihat isu ini daripada aspek ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, adalah
dicadangkan melihat bahawa jalan penyelesaian ke atas isu ini memerlukan kepada
pendekatan rundingan dan diplomasi memandangkan ia melibatkan negara jiran.
Diplomasi telah digunakan dengan jayanya dalam konteks Indonesia. Ketegangan
dalam isu Ambalat telah dileraikan melalui penggunaan diplomasi. Malah keduadua Jakarta dan Kuala Lumpur juga mampu menangani isu pendatang tanpa izin
dengan baik. Sebaliknya, sehingga kini Kuala Lumpur masih berhadapan dengan
kesukaran dalam mencari penyelesaian dengan Manila dalam isu pendatang tanpa
izin. Malah isu seperti lanun/mundu atau pergolakan politik di selatan Filipina
merupakan antara beberapa isu meskipun sukar dibendung tetapi dengan
kerjasama rapat kedua buah negara boleh ditangani dengan baik. Hanya melalui
pendekatan seperti ini, integriti Malaysia akan terjamin dan dalam masa yang sama
kepentingan nasional Malaysia akan terus terpelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan