iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Rabu, 13 Mac 2013

sabah bab4


 Kedudukan Sempadan Malaysia (Sabah) dan Indonesia, 1979


Biarpun Jakarta dilihat menerima keputusan ini dengan terbuka tanpa
memperlihatkan reaksi protes, namun isu ini tetap meninggalkan kesan terhadap
hubungan kedua-dua buah negara. Dalam hal ini tidak hairan apabila Malaysia
memberikan konsesi carigali minyak di blok Ambalat dan blok Ambalat Timor
kepada Syarikat Shell pada 16 Februari 2005, tindakan ini telah menimbulkan
bantahan dari Jakarta. Namun apa yang jelas ialah Malaysia pernah membuat
bantahan terhadap Jakarta apabila Indonesia memberikan hak carigali kepada
Syarikat Amerika Syarikat, Unocal Corp pada tahun 2004 tetapi tidak dihiraukan
oleh Jakarta.29 Sebaliknya apabila Malaysia memberikan hak carigali tersebut
kepada Shell, Jakarta secara tegas menyatakan bahawa Ambalat adalah milik
mereka dan langkah segera yang telah diambil iaitu dengan menghantar 7 buah
kapal perang dan 4 pesawat F-16 ke kawasan yang terbabit.
Rakyat Indonesia memprotes tindakan Malaysia ini dengan berbagai
tindakan seperti mengadakan demostrasi. Akhbar serta media Indonesia juga turut
mengambil kesempatan membakar perasaan serta semangat rakyat Indonesia
dengan berita-berita sensasi yang menyerang Malaysia serta tindakan untuk
menganyang serta melancarkan perang ke atas Malaysia. Paling memalukan ialah
tindakan oleh segelintir pelajar Indonesia yang membakar Jalur Gemilang. Malah
media Indonesia turut mengulas lawatan Dato’ Najib ke United Kingdom pada 10
Mac 2005 untuk membeli kapal perang bagi menghadapi kemungkinan perang
dengan Indonesia. Apa yang jelas ialah ada pihak tertentu yang cuba menangguk
di air yang keruh dalam membakar api kemarahan rakyat Indonesia dalam isu ini.
Isu Ambalat selain mencetuskan ketegangan telah turut membabitkan satu insiden
pergeseran antara kapal perang Malaysia, KD Rencong dan KRI Tedong Naga.
Indonesia telah menuduh kapal perang Malaysia menggesel kapal mereka dan telah
membuat bantahan kepada Malaysia. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk
mengurangkan ketegangan dengan menempatkan sebuah kapal perang bagi setiap
negara. Begitupun sekali lagi timbul kekecohan apabila media Indonesia, Kompas
telah memainkan sentimen dengan menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Najib telah memohon maaf kepada attaché tentera Indonesia di
Kuala Lumpur. Dato’ Najib telah membantah keras laporan tersebut sehingga
berita tersebut telah dinafikan sendiri oleh Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Namun, insiden ini menampakkan bahawa mentaliti big brother Indonesia dalam
hubungan dengan Malaysia, satu perkara yang tidak kelihatan sebelum ini.
Pergolakan Politik Di Selatan Filipina
Sejak tahun 1970-an sebarang perkembangan politik yang berlaku di selatan
Filipina pasti memberi kesan ke atas Sabah. Perkembangan ini tidak dapat
dielakkan memandangkan terdapat ramai penduduk keturunan Filipina di Sabah
serta kedudukan Sabah yang cukup hampir dengan selatan Filipina. Oleh itu
apabila Marcos mengisytiharkan perintah Darurat pada tahun 1972 menyebabkan
berlakunya kebanjiran penduduk Islam Filipina ke Sabah. Sejak itu Sabah cukup
sensitif dengan perkembangan politik di selatan Filipina kerana apa juga yang
berlaku akan memberi kesan dari segi pengaliran masuk penduduk Islam dari
selatan Filipina yang akan melarikan diri ke Sabah. Lazimnya pihak berkuasa di
Malaysia akan memberikan reaksi kepada apa jua perkembangan yang berlaku di
selatan Filipina.
Oleh itu apabila segelintir pengikut Nur Misuari daripada kumpulan MNLF
yang diketuai oleh Habier Malik melancarkan serangan terhadap tentera Filipina
di Jolo pada 6 Februari 2005, telah memberi isyarat tentang kemungkinan
pergolakan terbaru akan berlaku di selatan Filipina.30 Pihak tentera Filipina telah
melancarkan serangan ke atas kumpulan serpihan dan mengakibatkan seramai
27,000 penduduk meninggalkan rumah bagi mengelakkan pertempuran. Namun
pihak tentera telah berjaya mencapai gencatan senjata tidak formal dengan
kumpulan tersebut. Apapun keadaan yang berlaku boleh mencetuskan keadaan
huru-hara di Jolo yang boleh memberi kesan kepada Sabah.
Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian di selatan Filipina ialah
tentang wujudnya jaringan Al Qaeda-Jemaah Islamiyah-KAS.31 Jaringan yang telah
diwujudkan ini ternyata telah meninggalkan impak yang bukan kecil terhadap
keselamatan Filipina bahkan boleh membahayakan negara ini. Hal ini kerana
dengan bantuan kewangan Al Qaeda, tenaga JI dan KAS telah memperlihatkan
bagaimana beberapa siri serangan bom telah dapat dihasilkan. Pengeboman di Bali
pada Oktober 2002, pengeboman Hotel J.W.W Marriott, Jakarta pada Ogos 2003
dan Kedutaan Australia pada 9 September 2004, malah turut menjadikan Davao
City sebagai sasaran pada Mac 2003 merupakan antara contoh menunjukkan betapa
merbahaya jaringan kumpulan ini.. Insiden-insiden ini telah menyebabkan
Presiden Aroyo telah mengisytiharkan Jemaah Islamiah (JI) sebagai ancaman
keselamatan nombor satu di Filipina. Seriusnya gejala rasuah di selatan Filipina
serta sempadan yang longgar memungkinkan unsur Al Qaeda-JI-KAS untuk
menyusup masuk ke Sabah tidak boleh dipandang remeh.

Sumber: Haller-Trost, 1998: 486 28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan