iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Selasa, 5 Mac 2013

isu sabah bab 1


Konsep Keselamatan:

Keselamatan merujuk kepada ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entiti dalam
konteks sesebuah negara. Ketika era Perang Dingin, negara dan isu militer
mendominasi agenda sarjana dalam bidang keselamatan seperti Wolfers,3
 Bull,4 Nye 5
 dan ramai lagi. Pada waktu itu banyak kajian yang dibuat merujuk kepada
persaingan kuasa-kuasa yang membabitkan penggunaan senjata nuklear, paling
ketara persaingan antara Amerika Syarikat dan Soviet kerana ini merupakan isu
yang mengancam keselamatan. Namun, pasca Perang Dingin menyaksikan bahawa
bukan sahaja negara ataupun isu militer sahaja yang boleh mengugat keselamatan
sesebuah negara bahkan terdapat isu lain yang turut mampu mengancam
keselamatan seperti isu ekonomi, alam sekitar, masyarakat, sosial bahkan politik
seperti yang ditegaskan oleh Barry Buzan. 6
 Hasilnya, ternyata bahawa terdapat
isu-isu lain yang boleh membawa kepada ancaman terhadap keselamatan terhadap
sesebuah negara. Isu migrasi, rangkaian jenayah antarabangsa, terorisme,
keruntuhan ekonomi dan berbagai lagi. Di samping usaha untuk memasukkan
beberapa isu lain dalam kajian keselamatan, terdapat juga usaha untuk
menganalisa rujukan utama keselamatan, apakah ia keselamatan kepada negara,
individu ataupun keselamatan antarabangsa. Dalam hal ini, penulis berhujah
bahawa walaupun usaha samada memasukkan isu-isu keselamatan tradisional atau
bukan-tradisional ataupun melebarkan lagi rujukan utama keselamatan, namun
sesuai dengan pandangan Ayoob,7
 dalam konteks keselamatan dunia ketiga,
termasuk juga Malaysia (dan Sabah khususnya), keselamatan tidak dapat lari
daripada melihat keselamatan daripada kacamata elit negara. Dengan kata lain,
keselamatan sebenarnya ditentukan dan didefinisikan oleh golongan elit (dalam
hal ini pemerintah). Ia biasanya dapat dilihat daripada bagaimana negara bertindak
ke atas sesuatu isu tersebut (samada ia isu keselamatan atau tidak). Oleh itu, dalam
hal ini penulis cuba untuk melihat beberapa isu yang dianggap oleh negara sebagai
unsur penting dalam keselamatan di Malaysia amnya, dan Sabah khususnya.
Isu teroris misalnya cukup mendapat perhatian selepas Peristiwa 11
Setember 2001 yang menjelaskan bahawa musuh baru ini mampu mengugat
keselamatan negara. Teroris bukan sahaja menjadikan militer, bahkan juga turut
menjadikan orang awam sebagai sasaran dan hasilnya lebih 3,000 terbunuh dalam
serangan yang dilakukan.8
 Migrasi antarabangsa juga mampu meninggalkan
impak ke atas keselamatan sesebuah negara apabila jumlah migran misalnya
ramai dengan kehadiran rakyat Mexico di Amerika Syarikat. Kehadiran mereka
yang ramai membimbangkan penduduk Amerika dengan meningkatnya kadar
jenayah. Apabila penduduk merasa tidak selamat kerana kehadiran pendatang,
hal ini dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan mereka dan menjadi
tanggungjawab negara bagi memastikan rakyat mereka dilindungi.sumber dari: Wan Shawaluddin, Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan