iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Selasa, 5 Mac 2013

Isu sabah bab 2


Aktiviti Mundu Di Perairan Sabah:

Perairan Sabah berhadapan dengan ancaman lanun atau dikenali sebagai mundu
yang cukup serius. Dalam membincangkan aktiviti lanun atau mundu di perairan
Sabah, konsep lanun yang digunapakai tidak dapat diaplikasi di sini. Misalnya,
UNCLOS9
 yang mendefinasikan perlanunan sebagai sebarang tindakan keganasan
atau penahanan yang menyalahi undang-undang atau mana-mana tindakan
pejarahan/perampasan yang dilakukan untuk kepentingan sendiri terhadap awakawak atau penumpang dalam kapal laut atau kapal udara persendirian dan
dilakukan di laut lepas (high seas). Hal ini bermakna sebarang aktiviti yang
melibatkan tindakan keganasan yang dilakukan di pelabuhan atau di perairan
sesebuah negara tidak dianggap sebagai lanun di bawah undang-undang
antarabangsa.10 Dalam hal ini Ramli Dollah telah cuba memperkenalkan konsep
mundu bagi menjelaskan aktiviti perlanunan, rompakan laut, penculikan ataupun
jenayah yang menjadikan laut sebagai pusat aktiviti. Di Sabah, mundu melibatkan
aktiviti seperti menyerang bot-bot nelayan dan mencuri kelengkapan yang ada,
menyerang perkampungan yang terdapat di pulau-pulau dan pesisir pantai untuk
mendapatkan keperluan misalnya makanan; melakukan rompakan menggunakan
senjata berbahaya atau senjata api; melakukan rompakan di laut atau di darat dan
melarikan diri ke laut lepas iaitu ke Indonesia atau Filipina; menculik tebusan
untuk mendapatkan wang tebusan; dilakukan secara berkumpulan; dan
menjadikan laut sebagai pusat aktiviti mereka sama ada untuk melakukan
rompakan , serangan , keganasan dan sebagainya.11 Terdapat enam kumpulan
mundu yang masih aktif yang menjadikan selatan Filipina sebagai markas iaitu
Kumpulan Pipi Uwah, Kumpulan Sarikal, Kumpulan Akil Jani, Kumpulan
Tandanan, Kumpulan Madjuran dan Kumpulan Akil Dewan.12
Beberapa insiden yang membabitkan mundu seperti rompakan di Bank
Standard Chartered dan Pejabat MAS, Lahad Datu (1985) yang membabitkan
sekumpulan 26 orang bersenjatakan M-16 serta pelancar grenade yang
mengakibatkan seramai 11 orang awam terbunuh dengan mundu berjaya
melarikan sejumlah RM 200,000;13 serangan melibatkan seramai 12 mundu ke atas
Kilang Mutiara di Pulau Bohey pada tahun 1987. Dalam insiden ini dua pengurus
berbangsa Jepun telah dibunuh oleh mundu dan membawa kepada penutupan
kilang tersebut;14 serangan di Pekan Semporna pada 10 Februari 1996 yang
membabitkan rompakan ke atas sebuah kedai emas dengan kejayaan mundu
melarikan sejumlah RM100,000 barangan;15 serangan sekumpulan antara 10-20
mundu yang menyerang balai polis dan kedai emas di Pekan Semporna pada Mac
1996 bersenjatakan M-16 serta pelancar roket dan berjaya melarikan sejumlah wang
rompakan sebanyak RM200,000 dan insiden rompakan di kedai emas, Tawau pada
Julai 1996 apabila mundu berjaya melarikan barangan kemas berjumlah
RM150,000.1653
Namun insiden yang paling terkenal ialah penculikan yang membabitkan
Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) di Pulau Sipadan pada 23 April 2000. Penculikan
ini melibatkan 21 tebusan termasuk 10 orang pelancong asing. KAS merupakan
salah satu kumpulan Moro yang paling kecil berbanding kumpulan Moro National
Liberation Front (MNLF) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) dengan
bilangan anggota tidak sampai seribu orang. Namun KAS merupakan kumpulan
pengganas yang paling ganas serta anti-Kristian yang cukup terkenal di Filipina
ketika ini. Meskipun begitu KAS tidak mendapat sambutan daripada majoriti
penduduk Islam di Mindanao kerana corak perjuangan ganasnya. KAS ditubuhkan
oleh seorang veteran perang Afghanistan, Abdurajak Abubakar Janjalani pada
tahun 1991.17 Rajak yang terbunuh dalam satu pertempuran pada tahun 1998,
kemudian telah digantikan oleh adik beliau, Khadaffy Janjanlani. KAS cukup
digeruni dengan aktiviti seperti mengebom penduduk awam, pembunuhan,
mengugut ahli perniagaan serta penculikan di Filipina.18 Paling menggerikan ialah
kumpulan ini sering memenggal kepala serta membunuh tebusan.
KAS tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara ini jika ia
menghadkan aktiviti di Filipina sahaja. Namun kumpulan ini menjadi ancaman
kepada keselamatan negara apabila mereka keluar dan merentasi sempadan
antarabangsa dan meneruskan aktiviti di negara ini dengan terbabit dalam insiden
penculikan di Sipadan. Ada dua kemungkinan kumpulan ini bertindak demikian.
Pertama kerana ingin meraih simpati antarabangsa terhadap perjuangan mereka
dan kedua aktiviti menculik membabitkan warganegara pelbagai bangsa cukup
lumayan hasilnya.19
Insiden penculikan di Sipadan telah diikuti beberapa siri penculikan yang
membabitkan KAS; antara lain pada 10 September 2000, KAS bertindak dengan
melakukan penculikan di Pulau Pandanan yang membabitkan tiga tebusan.
Insiden ini diikuti pula dengan penculikan enam pekerja Borneo Paradise Ecoresort
pada 5 Oktober 2003. Seterusnya pada 11 April 2004, tiga anak kapal TB East Ocean
telah diculik. Berikut ialah penculikan tiga anak kapal sebuah bot penunda,
Bonggaya di perairan berhampiran Pulau Mataking pada 2 April 2005 dikaitkan
dengan Kumpulan Abu Sayyaf.20 Lima penculik yang terbabit disahkan oleh Polis
Kebangsaan Filipina serta Gabenor Tawi-Tawi, Sadikul Sahali.
Berdasarkan kepada siri penculikan yang berlaku menunjukkan bahawa
KAS akan tetap menjadikan pantai timur Sabah sebagai tumpuan bagi melancarkan
penculikan. Mereka akan terus melancarkan siri penculikan dari semasa ke semasa
kerana mengetahui kelemahan yang di wujud di kawasan ini biarpun mengetahui
bahawa pihak keselamatan sentiasa memantau kawasan terbabit. Hal ini akan
menjadi duri dalam daging pihak keselamatan di pantai timur Sabah. Walaupun
penculikan yang berlaku tidak dilakukan oleh KAS sendiri tetapi berkemungkinan
mereka dibantu oleh golongan yang bersimpati atau ingin mendapatkan sumber
kewangan daripada hasil penculikan yang dilakukan.sumber dari Wan Shawaluddin, Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan