iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Selasa, 5 Mac 2013

Isu2 keselamatan sabah dan impak kepada malaysia



Pengenalan:

Semenjak memasuki Malaysia pada 1963, Sabah berhadapan beberapa isu besar
yang dianggap sangat penting kepada keselamatan negara dan ini menuntut
penglibatan secara langsung kerajaan pusat untuk berhadapan dengan isu ini.
Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia, Sabah merupakan negeri yang
dikelilingi oleh beberapa buah negara jiran yang menghadapi masalah dalaman
(terutamanya Filipina dan Indonesia) yang secara tidak langsung memberikan
impak keselamatan yang sangat besar kepada Malaysia. Kedudukan geografinya
yang ‘tidak strategik’ini pastinya akan memberikan kesan buruk jika ia tidak
ditangani dengan bijak samada melalui kaedah unilateral, bilateral ataupun
multilateral. Justeru artikel ini cuba meninjau isu-isu keselamatan di Sabah yang
memberikan kesan kepada keselamatan nasional.
Antara isu keselamatan yang akan dibincangkan ialah perlanunan atau
mundu, tuntutan bertindih, pergolakan serta perkembangan politik di selatan
Filipina, pendatang tanpa izin dan isu kesetiaan. Terdapat beberapa sebab kelimalima isu ini dipilih. Ancaman lanun atau mundu masih menjadi ancaman di
perairan Sabah dan insiden penculikan di Sipadan oleh Kumpulan Abu Sayyaf
(KAS) pada tahun 2000 diikuti oleh beberapa siri penculikan yang berlaku sehingga
kini. Tuntutan bertindih juga merupakan satu lagi isu penting yang membabitkan
Malaysia dengan negara jiran, iaitu dalam konteks ini Indonesia bersabit pemberian
konsesi Ambalat kepada Shell. Isu ini jika tidak ditangani dengan baik akan
membawa kepada tercetusnya konflik dengan Indonesia.
perkembangan politik yang berlaku di selatan Filipina juga boleh meninggalkan
kesan ke atas Sabah. Perkembangan mutakhir yang membabitkan kumpulan MNLF
yang pro-Misuari menentang Manila sudah tentu akan menyebabkan kesan
sampingan ke atas Sabah. Dalam hal ini kemungkinan kehadiran pelarian tidak
dapat dielakkan. Di samping jaringan Al Qaeda-Jemaah Islamiyyah- KAS di selatan
Filipina boleh meninggalkan impak kepada Sabah jika tidak diawasi. Isu
kebanjiran pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah juga merupakan suatu isu
yang perlu ditangani dengan baik kerana setiap kali Malaysia bertindak
menghantar mereka pulang ke negara asal, hal ini memberi kesan kepada
hubungan Malaysia dengan negara jiran. Akhir sekali, kesetiaan penduduk
Malaysia keturunan Filipina dan Indonesia di Sabah juga perlu diamati untuk
melihat sejauh mana reaksi mereka sekiranya berlaku pergolakan dengan negara
jiran pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan