iklan

Jom..lepak di sini!!!.....

Selasa, 5 Mac 2013

Sabah bab 3


Tuntutan Bertindih:


Ekonomi Eksklusif (ZEE).21 Masalah yang timbul ialah setiap negara mempunyai
intepretasi tersendiri terhadap zon-zon maritim ini. Apabila setiap negara
mengumumkan ZEE mereka, ZEE ini bertindih dengan ZEE yang diisytiharkan
oleh negara jiran. Ini membawa kepada pertindihan ZEE yang seterusnya
mencetuskan pertikaian antara kedua buah negara ini (Ganesan, 1999). Hal ini
berlaku terutama apabila negara menjalankan kerja mencarigali petroleum atau gas
atau menjalankan aktiviti perikanan. Hasilnya berlakulah tuntutan bertindih yang
membabitkan negara-negara berjiran yang menurut Valencia akan menjadi punca
konflik pada masa akan datang.
Malaysia sendiri terbabit dalam beberapa siri tuntutan bertindih. Sabah
masih dituntut oleh Filipina, tuntutan berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian
Sabah oleh Kesultanan Sulu. Tuntutan ini masih lagi belum digugurkan oleh
Manila sehingga kini Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah
pulau.23 dan atoll di Kepulauan Spratly bersama lima negara lain iaitu China,
Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.24 Sehingga kini Malaysia telah menduduki
lima buah pulau-atoll. 25 China merupakan negara yang paling agresif dalam
tuntutan ini kerana pernah menggunakan kekerasan terhadap Vietnam dan ini
sudah tentu menimbulkan ancaman kepada Malaysia.
Pertikaian antara Malaysia-Indonesia berhubung Pulau Sipadan-Ligitan telah
diselesaikan oleh ICJ dengan keputusan berpihak kepada Malaysia pada 17
Disember 2002.26 Malaysia berjaya dalam kes ini kerana hujah effectivities iaitu
Malaysia mempunyai kawalan serta pentadbiran yang berterusan sejak 1878
Sipadan-Ligitan. Perkara ini berdasarkan kawalan dan peraturan pengutipan telur
penyu serta pengeluaran surat kuasa kepada penduduk Semporna memungut telur
penyu. Di samping itu dua lagi hujah effectivities ialah pembentukan ‘bird
sanctuary’ pada 1 Februari 1933 serta pembinaan sebuah rumah api oleh Kerajaan
Borneo Utara pada tahun 1962 serta pembinaan rumah api kedua pada tahun
1963.sumber dari Tuntutan Bertindih:
Sejak akhir-akhir ini isu tuntutan bertindih semakin mendapat tempat dalam politik
antarabangsa. Hal ini berikutan pengenalan regim UNCLOS yang membawa
kepada bertambahnya kemungkinan konflik antara negara. UNCLOS telah
memberi garis panduan mengenai zon-zon maritim seperti pelantar benua dan Zon54
Jati,
Ekonomi Eksklusif (ZEE).21 Masalah yang timbul ialah setiap negara mempunyai
intepretasi tersendiri terhadap zon-zon maritim ini. Apabila setiap negara
mengumumkan ZEE mereka, ZEE ini bertindih dengan ZEE yang diisytiharkan
oleh negara jiran. Ini membawa kepada pertindihan ZEE yang seterusnya
mencetuskan pertikaian antara kedua buah negara ini (Ganesan, 1999). Hal ini
berlaku terutama apabila negara menjalankan kerja mencarigali petroleum atau gas
atau menjalankan aktiviti perikanan. Hasilnya berlakulah tuntutan bertindih yang
membabitkan negara-negara berjiran yang menurut Valencia akan menjadi punca
konflik pada masa akan datang.
Malaysia sendiri terbabit dalam beberapa siri tuntutan bertindih. Sabah
masih dituntut oleh Filipina, tuntutan berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian
Sabah oleh Kesultanan Sulu. Tuntutan ini masih lagi belum digugurkan oleh
Manila sehingga kini Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah
pulau.23 dan atoll di Kepulauan Spratly bersama lima negara lain iaitu China,
Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.24 Sehingga kini Malaysia telah menduduki
lima buah pulau-atoll. 25 China merupakan negara yang paling agresif dalam
tuntutan ini kerana pernah menggunakan kekerasan terhadap Vietnam dan ini
sudah tentu menimbulkan ancaman kepada Malaysia.
Pertikaian antara Malaysia-Indonesia berhubung Pulau Sipadan-Ligitan telah
diselesaikan oleh ICJ dengan keputusan berpihak kepada Malaysia pada 17
Disember 2002.26 Malaysia berjaya dalam kes ini kerana hujah effectivities iaitu
Malaysia mempunyai kawalan serta pentadbiran yang berterusan sejak 1878
Sipadan-Ligitan. Perkara ini berdasarkan kawalan dan peraturan pengutipan telur
penyu serta pengeluaran surat kuasa kepada penduduk Semporna memungut telur
penyu. Di samping itu dua lagi hujah effectivities ialah pembentukan ‘bird
sanctuary’ pada 1 Februari 1933 serta pembinaan sebuah rumah api oleh Kerajaan
Borneo Utara pada tahun 1962 serta pembinaan rumah api kedua pada tahun
1963.sumber dari Wan Shawaluddin, Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan